Tekan link di bio untuk pembelian "Abang. Fya... sukakan Abang." - Noor Afya. Kerana sebaris luahan, retak hubungan baik Noor Afya bersama Iyyad Khairuddin yang bertahun-tahun dari zaman bangku sekolah lagi. 7 tahun Afya memendam rasa suka terhadap Iyyad. Bukan sahaja sekadar suka, malah rasa sayang dan cinta yang membuatkan dia rasa ingin menjadi yang teristimewa di dalam hati lelaki itu. "Abang tak suka dengan perasaan Fya pada Abang. Abang cuma anggap Fya macam adik Abang sendiri. Dan perasaan Fya tu buat Abang tak selesa. Mulai hari ni, jauhkan dia Fya dari Abang." - Iyyad Khairullah Kecewa? Ya, Afya kecewa. Cara penolakan lelaki itu terhadap perasaan dia telah melukakan hati Afya. Baginya, cukup sekali dia berbuat demikian dan membuat apa yang seperti lelaki itu mahukan. Namun, selepas 5 tahun mereka ditemukan kembali. Pertemuan mereka kali ini tidak mengubah pendirian Afya untuk tetap berpura-pura tidak mengenali Iyyad. Bertambah sakit hati bila Iyyad layan dia seolah-olah lelaki itu tidak pernah buat dia terluka. "Abang tahu dan Abang sedar kenapa Afya jadi macam ni dengan Abang. Tapi, boleh tak kalau kita lupakan apa yang dah jadi antara kita dulu and kita mulakan hidup baru berdua?" Adakah pujukan dan kata maaf dari Iyyad mampu melembutkan hati Afya yang telah terluka? Mampukah Iyyad mengubati luka yang dia sendiri toreh di hati Afya?